Friday, December 18, 2009

sampai bila?

  • selamat menyambut tahun baru 1431 kepada semua umat islam di seluruh dunia
  • alhamdulillah..dapat lagi kita bernyawa atas segala rahmat dan kasih sayang Allah SWT..walaupun telah berbakul2, berpikul2 dosa kita padaNya,sampai tak terpikul kalau kena pikul..manusia akhir zaman mana yang tak ada buat dosa..?walau sekecil mana pun dosa kita, taubat ampun kena kita pinta padaNya...sungguh lemah manusia ni dengan godaan hasutan syaitan jahanam.. berjaya mereka perdaya kita, manipulasi kita, hasut kita..mengaku lah yang kita ni manusia yang lemah..sangat lemah..amat lemah..
  • hari ni dah masuk 2 muharram 1431..alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada kita untuk nikmati dunia sementaraNya..segala nikmat yang dikurniakan selalu kita mengeluh..tak bersyukur..tapi Dia? Dia tak putus2 beri jugak nikmatNya..
  • sampai bila kita nak menipu diri sendiri? nyatanya tahu itu salah,tahu itu dosa besar,tahu itu wajib,tahu itu haram..tapi masih di takuk yang lama...masih nak menipu diri sendiri, menegakkan benang yang basah. apakah sekadar mahu menyedapkan hati sendiri? atau mahu mengaburi kesalahan diri sendir,dosa sendiri? sampai bila mahu begini? dah banyak petunjuk Dia tunjuk betapa murkanya Dia terhadap kita.. bala, ujian.. masih kita di takuk lama.. sampai bila? sampai tiba masanya pintu taubat sudah ditutup baru nak ubah, sedar?
  • ayuh lah kita tekadkan azam tahun baru yang benar2 menjadikan kita khalifah bumi ini sedar tanggungjawab sebenar seorang khalifah..sedarlah kita cuma dipinjam kan dunia yang sementara ni..
  • sampai bila?

1 comment:

merahjamboo said...

trima kasih di atas peringatan berguna;)

pja dah linkkan ur blog juga;)

Post a Comment