Tuesday, December 22, 2009

tensi...

*ihsan dari google image*
  • saya tengah tensi sekarang..sebab? sebab saya nak balik kampung halaman hari ni..apa masalahnya?
  • hari ni ni lab assistant yang selalu tolong saya tu cuti..sampai rabu minggu depan pulak tu.. then sebab dia cuti makanya saya pun nak jugek bercuti..sebab lagipun ada hal nak keluar daerah (gedik giler guna perkataan *keluar daerah) start jumaat ni sampai ahad..so, kalau balik hari ni sempat la nak prepare apa2 yang patut.. (nak pegi shoppeng dengan kakanda terchenta actually) T_T
  • makanya semalam dah comel2 plan nak balik home sweet home pagi ni..tapi tiba2.. TIBA2.. dapat mesej petang semalam ada meeting 3pm hari ni..bukan setakat mesej, siap emel dia kasi.. haishhhh.. kenapa?KENAPA? dalam banyak2 hari, hari ni la dia nak panggil meeting.. haishhhh! haishhh sungguh tau...! dah la 3pm..lewat dah tu.. kalau pagi ok lah jugak.. haishh lagi.. maka disebabkan saya takmau haish2 banyak sangat..saya pun mesej and emel dia nak awalkan meeting..buleh? nasib baik dia kata ok..
  • then..tunggu..punya tunggu..dan tunggu..pukul 12 datuk harimau baru dia datang.. haishhh.. pastu meeting dalam 15min, pastu dia balik..makanya saya yang nak balik pagi ni terpaksa menangguhkan niat di hati sebab alang2 dah nak masuk zohor..kalau tak solat kat sini siap2 nanti mesti berdosa sebab tinggal zohor.. huhuuu.. makanya terpaksala balik after zohor...
  • sekarang ni tengah mati kutu tunggu zohor..baru lepas makan nasi kat cafe.. lauk ayam masak kicap + telur hancur + sambal belacan + limau ais = RM 4.20.. motif bagitahu harga makanan? saja nak mengisi masa lapang tunggu masuk waktu..
  • okay..baru cek waktu solat zohor hari ni 1.20pm. fine.. lagi 20min.. jum cari kutu!

No comments:

Post a Comment