Wednesday, January 6, 2010

monolog sang hati

  • hati selalu mengadu sendiri tentang dirinya, yang padanya sukar dipenuhi dengan indahnya hidup ini
  • hati kadangkala merungut, yang padanya acap kali keinginan tidak dipenuhi seperti hati-hati yang lain
  • hati seringkali risau, yang ianya adalah rapuh, mudah tercalar dan remuk dek keadaan sekelilingnya
  • hati kemudiannya sedih, melihat, mendengar tentang kebahagiaan, keindahan dan kejayaan hati lain
  • hati kadangnya menyesal pabila tersasar mendendam, menyalahkan malah membenci hati lain
  • namun, hati bukannya tidak bersyukur terhadap penciptanya, kerana jauh disudutnya ia masih cinta pada Penciptanya yang Maha Agung

  • sabarlah hati...
  • hati ini masih punya banyak nikmat yang Dia kurniakan
  • syukurkah hati..
  • hati ini masih disayangi-Nya
  • redhalah hati..
  • hati ini masih didengari-Nya
  • pohonlah apa sahaja wahai hati
  • idamkanlah apa sahaja wahai hati
  • Dia tahu, Dia mendengar
  • Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu

  • kerana Dia tetap menyayangimu wahai hati..

No comments:

Post a Comment