Friday, January 1, 2010

rahsia tomyam sedap..jum!

  • wah..gitu..dah start nak bagi resepi nampak..? hehe..

  • eh2..ni bukan tomyam yang saya masak tau..ni hasil edit dari google.. gambar asalnye tak menari sangat, tak dapat nak terliurkan sekelian alam,so saya edit sikit la..hehe.. sebabnya saya kalau masak tak menyempat nak snap2 bagai..laju jek makan.. *_*

  • okeh..meh saya bagi rahsia tomyam yang sedap ye...

  1. bahan2 yang perlu ada.. (4 orang makan)
  • 1 paket perencah tomyam - tak kisah la apa jenama pun, tapi kalau yang pes lagi sedap lah
  • 4 biji tomato merah - kalau yang kuning2 keras tu tak sedap tau
  • 4/5 biji cili padi - depends jugak la.. kalau tak nak pedas,kurangkan, kalau nak pedas, lebihkan
  • 3 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang carrot - kalau besar sangat, separuh pun ok
  • daun ketumbar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • bahan2 isi macam ayam, udang, sotong terpulang lah nak masukkan apa,and banyak mana..tengok stok tau..

  • so..bahan2 macam sama jek kan? okay baca lagi, ada trick sikit.. =)

  1. mula2 sekali, kisar : 2 ulas bawang merah kecil + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato..nak kisar tu jangan masuk air banyak sangat tau..haa.. ni la trick nya.. kisar tomato bagai..
  2. pastu, masuk dalam kuali, tengok lah, kalau macam pekat sangat, tambah lagi air.. masukkanlah apa2 jenama pes tomyam..
  3. pastu masuk carrot yang dah potong nipis..
  4. agak2 carrot dah empuk masuk cili padi, serai yang dititik, bawang besar, gula, garam,. then, ini lagi trick, masukkan jugak dalam 2 sudu sos tiram,2 sudu sos cili..
  5. then, dah mendidih, masuk isi, macam udang, sotong etc..tomato leh masuk jugak time ni..jangan lama sangat tau,sebab nanti sotong kecut dan liat, tomato lembik sangat.. oh ya.. masukkan daun limau purut tu jugak,tapi koyakkan ambil daun saja tau, yang alur daun tu jangan amik,sebab boleh jadikan tomyam pahit.
  6. last masuk daun ketumbar yang dah dihiris/koyak2..
  7. kalau ada bahan2 lain nak tambah silakan..ni kira yang paling simple lah.. ^_^
  • tadaaa! siap dah tomyam kita..

  • selamat mencuba!!

  • kalau agak2 dah tau resepi ni or ada yang lagi sedap buat2 la macam amazed jugak tauu.. T_T

No comments:

Post a Comment

Post a Comment